1.0 PANDUAN PAKAIAN

PENERIMA MELAYU
1.1 LELAKI
Berbaju Kebangsaan (Baju Melayu Cekak Musang) berwarna Hitam lengkap berbutang.
Sampin Songket Hitam berbenang emas
Songkok Hitam tanpa lilitan
Kasut Hitam dan berstoking hitam

1.2 WANITA
Berbaju Kurung atau Kebaya Labuh
Berselendang (kecuali yang memakai tudung/ mini telekung)
Berkasut penuh (menutup jari kaki)

PENERIMA BUKAN MELAYU
1.3 LELAKI
Lounge Suit berwarna gelap
Baju kemeja lengan panjang berwarna cerah
Bertali leher
Kasut Hitam dan berstoking hitam

1.4 WANITA
Pakaian Kebangsaan masing-masing atau
Pakaian yang bersesuaian yang panjangnya tidak kurang dari paras bawah lutut.
Berkasut penuh (menutup jari kaki)

1.5 PAKAIAN SERAGAM
Anggota berpakaian seragam seperti Tentera dan polis boleh memakai pakaian
seragam masing-masing

1.6 PAKAIAN NO.1
Anggota Perkhidmatan Awam yang berkelayakan boleh jua memakai Pakaian No.1

NOTA PENTING
*Penerima hendaklah tidak memakai apa-apa pingat yang pernah diterima sebelum ini.
(Jika ada)

1.7 PAKAIAN TETAMU PENERIMA
Sama seperti pakaian penerima

1.8 PAKAIAN YANG DILARANG
Pakaian selain daripada yang disebutkan diatas.
Dilarang memakai pakaian yang nipis, pendek dan ketat bagi wanita.
Dilarang memakai pakaian sedondon berwarna kuning dan putih.

*Hadirin yang gagal mematuhi panduan pakaian ini tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam Balairong Seri semasa istiadat di jalankan.

2.0

ADAT & TERTIB DALAM BALAIRONG SERI, ISTANA NEGARA

2.1.

Pakaian hendaklah mematuhi tatacara berpakaian seperti yang telah di tetapkan di dalam kad jemputan.

2.2
Ketika duduk di kerusi, anda hendaklah tidak bersilang kali atau bersila panggung, berlunjur mahupun duduk dengan gaya bersantai.

2.3
Jika hendak berbual, hendaklah dengan penuh tertib dan perlahan. Elakkan dari meninggikan suara dalam perbualan dan mengawal ketawa supaya tidak terlalu kuat.

2.4
Tidak dibenarkan membawa kamera, telefon bimbit (berkamera) di dalam Balairong Seri. Kamera boleh ditinggalkan dengan Bentara Istana atau di simpan di dalam beg tangan masing-masing bagi wanita.

2.5
Tidak dibenarkan mengambil gambar dengan kamera/telefon bimbit sendiri di dalam Balairong Seri dan mana-mana bahagian di dalam Bangunan Istana Negara. Walaubagaimanapun, kamera dibenarkan digunakan di mana-mana laman Istana.

2.6
Telefon bimbit adalah dilarang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Jika terpaksa, telefon berkenaan hendaklah dimatikan. Pengunaan ‘Silent Mode” juga tidak digalakkan kerana dibimbangi akan terdapat kemungkinan ianya berbunyi sendiri dan menganggu suasana di dalam Balairong Seri.

3.0

TATACARA KEBERANGKATAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA PERMAISURI AGONG KETIKA MASUK DAN KELUAR BALAIRONG SERI

3.1

Kesemua hadirin di dalam Balairong Seri handaklah berdiri.

3.2

Hadirin yang duduk di laluan masuk hendaklah mengadap laluan.

3.3

Hadirin diminta tunduk hormat ataupun tabik hormat (bagi yang berpakaian seragam)

apabila SPB Tuanku berdua melalui di hadapan mereka.

4.0

PERILAKU PENERIMA PINGAT

4.1

Ketika berdiri dalam barisan berkumpulan semasa menunggu giliran untuk menerima pingat, jangan menjenguk mahupun bergerak ke kiri dan ke kanan.

4.2 Jangan berdiri terlalu jauh ataupun terlalu dekat semasa hendak menerima pingat. Sila berdiri di lokasi yang telah ditanda pada permaidani.
4.3
Jika memakai Lounge Suit (penerima bukan melayu) pastikan kesemua butang jaket dikenakan semasa mengadap untuk menerima pingat daripada SPB Yang di-Pertuan Agong.

4.4
Setelah menerima pingat, ucapkan ” MENJUNJUNG KASIH TUANKU” ataupun “MENJUNJUNG KURNIA TUANKU” sebagai ganti ungkapan terima kasih.

4.5
Undur tiga langkah kebelakang sebelum pusing pulang ke tempat duduk masing-masing.

4.6
Jika pingat terjatuh semasa anda berdiri di hadapan SPB Tuanku, jangan lakukan apa-apa. Seorang pegawai yang bertugas ketika itu akan mengambil pingat tersebut.

4.7
Jika pingat terjatuh ketika anda dalam perjalanan ke tempat duduk, mengadap SPB Tuanku, tunduk hormat, kutip pingat, tunduk hormat sekali lagi dan terus berjalan ke tempat duduk.

5.0

PERINGATAN AM

5.1

Masa kehadiran penerima dan tetamu hendaklah tiba awal seperti dinyatakan di dalam Kad Jemputan dan pastikan kedudukan tempat duduk di dalam Balairong Seri.

5.2

Buku Aturcara majlis hanya disediakan untuk penerima sahaja dan hendaklah tidak diletakkan di atas lantai, dibawah punggung atau dibelakang kerusi sebagai sandaran.

5.3

Dapatkan pin untuk menyemat pingat daripada bentara/pegawai istiadat bertugas semasa hari raptai atau ketika sebelum majlis bermula. Pin untuk pingat hendaklah disematkan dengan betul, satu inci dari poket supaya tidak mengelebeh atau terjatuh.

5.4

Bilik air terdapat di sebelah belakang berhampiran pintu utama Balairong Seri. Hadirin yang terpaksa ke bilik air hendaklah bangun, tunduk hormat dan bergerak dengan tertib ke bilik air. Sebelum duduk semula, hadirin perlu tunduk hormat sekali lagi. Jika boleh, elakkan ke bilik air semasa istiadat sedang berlangsung.

5.5

Hadirin tidak dibenarkan keluar dari Balairong semasa istiadat sedang berlangsung dan sebelum keberangkatan SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong keluar dari Balairong Seri.

5.6

Jamuan makan bagi meraikan penerima dan tetamu ada disediakan di Dewan Santapan, Istana Negara.

5.7

Setelah selesai majlis, penerima dikehendaki untuk berurusan dengan pegawai-pegawai dari Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri yang bertugas di Balairong Seri bagi memulangkan semula pin pingat, mendapatkan kotak pingat, watikah dan borang tuntutan perjalanan (bagi pesara-pesara).

5.8

Penerima dan tetamu mereka boleh bergambar di hadapan Singgahsana di dalam Balairong Seri tetapi dengan hanya menggunakan perkhidmatan jurugambar yang disediakan.

6.0

PENYERAHAN WATIKAH

6.1 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) yang telah menghadiri MajlisIstiadat Pengurniaan dan belum menerima watikah pengurniaan boleh menghubungi Pihak Urusetia Bahagian Istiadat & Protokol, JPM di Talian 03-8872 6639/6640/6643/6645/6661 bagi urusan pengemaskinian alamat dan penyerahan Watikah berkenaan.

7.0

LAIN-LAIN PERKARA

7.1 Sebarang pertanyaan berkaitan majlis istiadat ini sila berhubung dengan :-
Bahagian Istiadat
Istana Negara
50480 Jalan Duta
Kuala Lumpur
No. tel: 03 – 62001157/1158/1159
email: bahagianistiadat@istananegara.gov.my